SEPTEMBER 2023

Sarawak Sasar Pengeluaran Ammonia Biru


BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg merasmikan Fasiliti Jualan Gas Tambahan Petronas Bintulu 2 (BAGSF-2) di tapak projek BAGSF-2 di Tanjung Kidurong di sini, hari ini.

Sarawak berhasrat menjadi kawasan pertama di Asia Tenggara menghasilkan ammonia biru, sekali gus membolehkannya diguna pakai dalam sektor perindustrian termasuk dieksport ke luar negara, kata Premier Sarawak Datuk  Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, penghasilan ammonia biru yang akan dikendalikan Petchem Sarawak akan menjadikannya salah satu jana kuasa terpenting bagi menggantikan arang batu.

“Sekiranya impian ini dapat direalisasikan, Sarawak mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam sektor petrokimia sekali gus menjadi pembekal utama ammonia biru sama ada kepada sektor perindustrian tempatan mahupun luar negara,” ujarnya.

Beliau menambah lagi , dengan bekalan gas yang mencukupi dimiliki oleh Sarawak akan membolehkan ammonia biru dihasilkan dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama mampu memenuhi permintaan terhadap bahan api terbabit.

Justeru, beliau berharap agar perjanjian bekalan gas kepada projek ini dapat dimeterai dalam masa terdekat bagi membolehkannya dilaksanakan dengan segera.

“Sehubungan itu, saya meminta agar Sarawak Petchem menerokai peluang kerjasama dengan pihak berkaitan bagi merealisasikan projek penghasilan ammonia biru,” jelas beliau.

Bercakap mengenai peranan BAGSF-2, ia direka khas bagi kerja-kerja penghantaran gas sebagaimana yang dikehendaki khususnya dalam sektor petrokimia dan tenaga.

Menurut beliau, BAGSF-2 yang berkapasiti 390 juta kaki padu (mmscf/d) berupaya menghantar sekurang-kurangnya 160 mmscf/d ke Sarawak Petchem dan 70 mmscf/d sehari ke loji jana kuasa Sarawak Energy Berhad (SEB).

"Dalam masa sama ia membantu mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak berikutan pekerjaan yang banyak ditawarkan,” ujarnya.

Hadir samavadalah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai antara yang hadir.

Sumber dari : Sarawakku